Saturday, May 21, 2011

diari hatiku !


Awak,

Perkenalan kita terbetik dengan pantas sekali. Mungkin awak merasakan detik itu adalah kebetulan namun segalanya adalah sebahagian dalam perancangan saya dalam mencipta sebuah kenangan bersama awak. Oh indahnya…

Masih terbayang-bayang saat itu. Musuh tradisi sanggup saya bersemuka gara-gara mahu mencari point untuk menghampiri awak. Memandangkan awak adalah naib presiden untuk kelab seni reka, saya pasti awak mesti dapat cenderamata dari kelab tersebut. Dengan muka yang tebal saya menghampiri Suzi iaitu musuh tradisi saya. Tapi nasib baik dia sudi bekerjasama dengan saya. Dan sejak itulah Suzi menjadi sahabat baik saya. Alhamdulillah…

Awak,

Dengan menjadi wakil tidak rasmi dari kelab seni reka (walaupun saya adalah ahli kelab kembara) saya mencari awak untuk menyampaikan cenderamata tersebut. Memang tidak susah mencari awak memandangkan saya ramai kawan jadi mereka adalah spy tak rasmi yang sedia memberi maklumat pada saya. Itu untungnya bila ramai kawan. Hehehe…

Berbekalkan keazaman yang kuat untuk berkawan dengan awak, saya tekad dan tidak mempedulikan istilah ‘perigi mencari timba’. Biarlah apa orang nak kata. Saya tetap dengan keinginan saya itu. Beria benar saya…bahasa kasarnya ‘laparnya saya pada awak’.

“Apa tu?” saya tanya pada awak.

Awak dengan senyuman meleret membuka balutan bungkusan tersebut.

Saya tergelak demi melihatkan isi bungkusan tersebut. “Naib presiden hanya dapat ini?” soal saya sambil membelek-belek frame gambar. “Punya la kedekut kelab awak ni.”

Dan awak hanya tersenyum . oh manisnya.

Awak,

Selepas sebulan kita berkawan, saya dapat rasakan ada perasaan lain yang tumbuh dalam hati saya. Saya jadi sayang sangat kat awak. Untuk kedua kalinya saya memulakan bicara hati saya pada awak.

“Kita ni kawan atau couple?” soal saya pada suatu petang di dewan makan.

Awak memang saya kenal dengan sikap ‘cool’ dan macho. Awak hanya tersenyum. Demi Allah, saya senang dengan senyuman itu. Tapi saya mahukan kepastian bukan senyuman. Dan last sekali awak menjawab “ya, kita couple.”

Argh!!! Rasa macam mahu melompat dan peluk-peluk sahaja awak masa itu. Syukur alhamdulillah kerana Dia telah membuka pintu hati awak untuk saya. Awak tahu tak, awaklah bagi saya sebaik-baik insan yang saya kenal untuk dipadankan dengan saya. Cewah….Ahakss

Awak,

Saya ni jahat, tapi kalau saya cakap saya jahat mesti awak marah. Awak cakap saya hanya nakal. Saya tersenyum. Saya cakap saya jahil tapi awak cakap awak boleh bimbing saya. Saya cakap famili saya tak lengkap dalam hal penjagaan saya, awak cakap awak boleh jaga saya. Oh, bahagianya…..

Awak,

Selepas setahun kita couple, saya nampak ada perubahan pada diri awak. Saya tak tahu apa sebab yang menjadikan awak begitu. Saya sedih wak… Awak cuba mengelak dari saya. Puas saya cuba dekat dengan awak tapi awak selalu lari. Apa salah saya, wak???? Awak sendiri sedia maklum, lelaki yang saya sayang adalah awak. Sayang saya pada awak melimpah-limpah, sampai hati awak buat saya macam ni. Saya boleh terima segala apa kelemahan saya di mata awak tapi tolonglah cakap apa yang membuatkan awak jadi begitu…uwaaaa…..

Awak,

Lagi sebulan nak final exam, kenapa time tu awak buat perangai? Tak bolehkah tunggu lepas final? Siang malam otak saya hanya fikirkan awak. Ilmu yang ada bagaikan hilang ditolak oleh gambaran-gambaran wajah awak. Saya masih ingat lagi, waktu cuti. Saya ada call awak, saya tanya awak dan awak jawab kita tumpukan perhatian pada final exam. Lepas exam baru kita bincang lain. Huh!! Saya terima walau hati saya memberontak. Saya dapat rasakan ada alas an lain untuk perilaku awak itu.

Awak,

Hati saya kembali tenang apabila saya cuba melupakan krisis kita. Saya cuba mengandai-andaikan kemungkinan yang positif. Saya mengharapkan selepas exam awak akan jadi sperti dulu. Seorang pencinta yang setia, yang cinta pada saya. Tapi, entah apalah malang saya, lagi seminggu nak exam telinga saya ditaburkan dengan cerita-cerita awak dengan perempuan lain. Hancur luluh hati saya. Kekuatan yang saya bina berkecai bersama kepercayaan saya. Di mana silap saya dalam memberi kasih sayang yang tak terhingga ini pada awak? Tidak cukup lagikah apa yang saya korbankan? Argh lelaki!!!!

Awak,

Demi menjaga hati saya, kawan-kawan satu dorm yang merupakan classmate awak tidak pernah membuka mulut tentang awak. Selepas saya desak barulah saya tahu cerita sebenar. Sampai hati awak. Rupa-rupanya selama ini awak begitu baik dengan seorang perempuan tapi mereka tak tahu status perhubungan awak dengan dia. Budak perempuan itu juga satu kelas dengan awak. Tak payahlah saya sebut nama dia. Saya benci dia!! Dia perampas!! Bukan dia tidak kenal saya, kenal sangat-sangat. Bahkan satu school tahu kita pasangan yang paling best. Rasanya lagi ramai lelaki yang boleh dia mengorat tetapi kenapa dia pilih awak, kekasih saya? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa…..

Awak,

Termenung dah!

Menangis dah!

Apa lagi yang patut saya lakukan? Saya dah bosan!! Tapi saya sayang sangat kat awak. Kalau boleh saya nak jadi perempuan sihir, yang boleh sihir otak awak agar awak dah tak boleh ingat perempuan lain selain saya. Tapi saya tahu itu berdosa walaupun saya jahil saya tahu itu satu dosa besar. Saya tak mahu jadi ahli neraka demi menambat semula hati awak. Biarlah, jodoh kita hanya sampai sini sahaja.

Awak,

Tanpa disangka selepas berbulan-bulan berpisah, terputus hubungan akhirnya awak dapat menjejaki saya kembali. Bagaikan suluhan cahaya di malam yang gelita, awak menerangi cahaya perjalanan hidup saya. Saya bersyukur. Masa itu saya tinggal di Kuala Lumpur dekat dengan Desa Water Park. Kalau tak silap saya rumah sewa saya tu di Taman Danau Desa. Nasib baiklah saya ni hantu internet, jadi rajin jugalah saya buka email. Tanpa disangka saya, awak ingin menyambung semula kasih yang terputus. Bagaikan orang yang mengatuk di sorangkan bantal, saya sangat gembira.

Awak,

Masih ingatkah lagi, pertemuan kita di C.M. Argh!! Rasa macam baru semalam ianya terjadi. Masih segar di ingatan saya. Rindunya pada detik itu. Mesti awak dah lupakan? Dari K.L kita ke serdang. Satu hari saya habiskan masa bersama awak. Bestnya….

Selepas tiga bulan kita berbaik semuala, awak kembali seperti dulu. Berperangai pelik. Asyik mengelak dari saya. Kali ini apa pula alas an awak? Kadang-kadang saya rasa di permainkan. Betul ke awak sayang pada saya? Tapi kalau sayang, kenapa saya di perlakukan begini? Tahukah awak betapa ihklasnya saya pada awak….wakkk (sedih ni)

Awak,

Akhirnya untuk kesekian kalinya awak menghancurkan harapan saya. Harapan yang ingin bahagia bersama awak. Senangnya awak mencampakkan cinta saya ini. Sampainya hati mu….. Apa yang boleh saya katakan, awak umpama ‘easy come, easy go’. Awak ingat saya ni tunggul ke? Senang di permain-mainkan. Susahnya mempunyai tubuh bersama hati. Hati yang mudah tersentuh. Saya pasrah!!

Awak,

Hari ini selepas lima tahun berlalu, saya semakin matang. Matang dalam mencari secebis kasih. Kasih yang suci lagi ikhlas dari lelaki. Biarlah kisah awak menjadi kenangan dalam lipatan memori cinta kita. Sesungguhnya awaklah lelaki pertama yang pernah saya cintai. Tapi kini, dengan redhanya saya melepaskan awak. Suka saya terangkan yang saya bahagia menjadi sahabat awak. Walaupun tidak sebagai kekasih, saya doakan awak akan bertemu insan yang baik sebagai jodoh awak. Amin…

Awak,

Kata orang kalau kita nak kebahagian hidup kita kena bahagiakan orang lain. Jadi saya berusaha untuk membahagiakan insan yang kini bertahta di hati saya. Walaupun tidak sama dengan cinta yang pernah kita miliki tapi saya cuba pertahankan cinta baru ini, kerana saya tidak tegar untuk kecewa lagi.

Awak,

Saya sedar setiap cinta perlukan pengorbanan. Jadi saya korbankan cinta saya pada awak awak agar awak dapat mencapai impian awak. Kini, awak berada jauh di luar sempadan semenanjung Malaysia. Semoga awak berjaya membawa pulang segulung ijazah. Inilah yang saya harapkan dari awak, dari seorang yang bernama sahabat.

Awak,

Saya tetap rindukan kemanisan cinta kita!!! Selamat tinggal sayang……

No comments:

Post a Comment